E-mailPaysU

Thursday, April 03, 2008

TANPA ELEKTRIK

Aleya Mashitah diatas trek senaman kaki
Ahmad Shahruzaman Siddiq menikmati pembasah tekak

Anak-anak di "Meja Hujung Minggu" kami di Taman Permainan

Hujan lebat dan ribut petir yang melanda tanahair mengakibatkan kejadian banjir kilat, tanah runtuh, pokok terbang, bumbung melayang dan terputusnya bekalan elektrik di beberapa bahagian di seluruh Malaysia, termasuk Kuala Lumpur. Terowong SMART entah berapa kali lah pulak kena tutup.

Rumah kami terpaksa bergelap selama tiga hari bermula dari 1hb April 2008. Kesian kepada isteri dan anak-anak saya yang terpaksa melalui "latihan paksa" yang amat menyiksa mereka - gelap - tanpa kipas - nyamuk. Alhamdulillah, nampaknya mereka dapat melalui ujian ini dengan jayanya - cuma kena berhati-hati sebab di malam hari kami menggunakan lilin dan mancis.
Kami kerugian sedikit dalam perniagaan terutamanya frozen food dan aiskrim, tapi apapun ianya merupakan sebahagian daripada cabaran perniagaan yang perlu dihadapi.
Apapun, kami bersyukur kerana tanpa elektrik kami masih mempunyai bumbung untuk berlindung dibandingkan orang lain yang lebih teruk dilanda taufan dan banjir. Syukur kepada Mu Ya ALlah.


Shahrul Peshawar
Kg. Baru 030408

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

Name: