SMS Sambil Menunggang Motor / SMS While Riding Motorcycle
Saya menghantar tulisan ini ke kolum Ruangan Pembaca di beberapa buah akhbar berbahasa Malaysia dan Inggeris, bukan apa, saya risau ianya akan menjadi satu trend yang tidak sihat di kalangan penunggang motor di Malaysia nanti.
Cam biasa untuk artikel yang tidak bercorak keagamaan saya menggunakan nick Shahrul Peshawar. Kalau yang ada berunsur keagamaan nick yang saya pakai ialah Ibnu Said.
Shahrul
240407
SMS SEMASA MENUNGGANG
Kebelakangan ini satu trend baru sudah mula menular dikalangan penunggang motorsikal di Malaysia, terutamanya di bandaraya Kuala Lumpur. Antara sedar atau tidak, mungkin kita adalah sebahagian daripada mereka yang turut terlibat.
Trend baru yang saya maksudkan ialah mebaca dan menjawab SMS semasa menunggang motorsikal. Tanpa disedari ianya sudah menjadi satu tabiat yang amat membahayakan dikalangan penunggang motorsikal. Kenapa saya berkata demikian? sudahlah pemanduan dikawal dengan sebelah tangan, mata pula asyik ke telefon, tiada tumpuan pada jalanraya, menunggang sekejap ketengah dan sekejap ketepi jalan sudah semestinya amat merbahaya kepada diri sendiri apatah lagi kepada pengguna jalanraya yang lain.
Penunggang motorsikal perlu ada disiplin diri dalam perkara ini, cuba kawal diri untuk tidak menjawab sebarang panggilan telefon atau membaca SMS, apatah lagi menghantar SMS semasa menunggang. Seandainya panggilan / SMS itu terlalu penting dan mesti dijawab, anda seharusnya memberhentikan motorsikal di tempat yang sesuai dan barulah memberikan tumpuan kepada panggilan atau SMS yang diterima. Bukankah ini lebih baik dan selamat buat diri anda dan juga pengguna jalanraya yang lain.
Saya tidak pasti sekiranya wujud sudah statistik kemalangan yang disebabkan penggunaan telefon bimbit, tetapi kita tidak perlu mengambil risiko sehingga seseorang menjadi mangsa baru kita hendak bertindak. Justeru itu, saya ingin mengesyorkan kepada pihak berkuasa terutamanya pihak POLIS dan JPJ untuk melihat perkara ini sebagai satu perlanggaran undang-undang lalulintas yang serius, mungkin saman patut dikenakan kerana ianya boleh dikategorikan sebagai menunggang dalam keadaan cuai dan boleh juga untuk menimbangkan agar telefon bimbit yang digunakan dirampas dan bayaran “ikat jamin” dikenakan untuk mendapatkan semula telefon berkenaan.
Ini mungkin ide bodoh bagi sesetengah pihak, terutamanya mereka yang terlibat tetapi demi untuk keselamatan orangramai sesuatu harus dilakukan bagi memastikan pengguna jalanraya menikmati tahap keselamatan yang maksima sepanjang masa. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?
SHAHRUL PESHAWAR
Kg. Changkat, Gombak
Yang nie pulak English version...
REPLYING SMS WHILE RIDING
Lately, a new trend emerged among motorcyclists in Malaysia, especially in Kuala Lumpur. Aware or not, you might be one of them who get involved.
The new trend is that reading and answering SMS while riding motorcycle. Unnoticed, it’s become a dangerous habit among motorcyclists. Why did I say so? Just imagine, they ride the vehicle with one hand, the other hand holding the handphone, both eyes is on the handphone, no concentration at all on the road, moving from side to middle of the road vice versa, definitely create dangerous condition to themselves and to other road users.
Motorcyclists should have high discipline in the matter and try not to answer any phone call or reading any SMS and even worse replying SMS while riding. If the call / SMS is so important, you should stop at a suitable place and concentrate in answering the call or replying the SMS. This is the best and safest way for yourself and to the others.
I’m not sure if there is any existing statistic on accident caused by the usage of handphone while riding, but I believe, we do not have to take risk until someone become victim. Therefore, I would like to suggest the authority especially the POLICE and RTD to consider this matter as a serious road traffic offence. Summon may be issued as it may be considered under careless riding category. It may also go to the extend that the handphone should be confiscated and they have to pay bail to get back their handphone.
This might sound stupid to some people, especially from those who are practicing it but for the sake of public safety, something should be done to ensure that road users get the maximum safety all the time. After all, prevention is better than cure, isn’t it?
SHAHRUL PESHAWAR
Kg. Changkat, Gombak