E-mailPaysU

Wednesday, February 09, 2005

Assalamualaikum

Hari nie saya dan Rosemah akan balik kampung di Kuala Penor, Kuantan, pastinya Ahmad keriangan dan kegembiraan setelah sekian lama asyik mandi di sungai je, kali nie dapat balik n mandi laut. Kami akan balik malam nanti, di temani oleh Kak Ngah, Kak Lang dan Kak Teh.

Malam nie jadinya terpaksa kansel kelas arab (saya belajar sekali dengan bapa saya), tapi baru je tadi dapat call, Br. Khairil minta jumpa dia sebelum balik untuk ambil laptop, ada kerje sikit, lepas tu dia kata, dia tengah sibuk sikit sebab kakak dia yang kena kanser tu semakin parah, doktor kata "nothing much can be done", semoga ALlah memberi kekuatan kepada keluarga Br. Khairil. Syafeezan pulak suruh aku simpan komputer dia yang dah kaput tu kat rumah aku sebab dia dah nak bertolak ke Kelantan... sebelum balik jugak, Rose dah berazam nak belikan mak pokok Mata Kucing yang dah berbuah (RM30 sebatang) dari kedai bunga di simpang UIA Gombak... Hari nie pulak birthday sahabat saya yang sorang lagi, Yuzlee...

Nanti bila ada kesempatan, saya akan ceritakan perihal Br. Khairil, Syafeezan, Yuzlee, Kak Ngah, Kak Lang dan Kak Teh...

Ok, Ilal Liqa'
Shahrul

Memulakan Blog?

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum

Blog ini masih lagi dalam peringkat percubaan, kami masih mencubanya... biasalah, ianya akan berkisar tentang saya, Rosemah dan Ahmad (anak sulung kami)

Diakhir Muharam 1425

Tuesday, February 08, 2005

Memulakan Blog?

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum semua...

Saya sedang dalam percubaan untuk memulakan blog untuk keluarga mikro saya, yang setakat nie masih lagi saya, Rose dan Ahmad (anak lelaki sulung kami)... nanti kalau dah expert sikit, saya akan masukkan keluarga makro saya sekali... Perbincangan kami akan berkisar tentang kehidupan kami sekeluarga, kehidupan kerja harian, keletah anak kami, mungkin juga tentang bahasa dan persoalan dunia, disamping nasihat dan apa saja yang difikirkan perlu untuk menghidupkan blog ini...

Akhir kata, Selamat Menyambut Muharram 1426, semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas. Gong Xi Fa Cai juga kepada mereka yang berdnakan bangsa cina..


Name: